sksgrg.zoom-a.com
SK SENGGARANG
Jalan Ismail, 83200 senggarang, Batu Pahat, Johor
 Tel/Faks : 074291357 E-mel : sksg0059@gmail.com
| LAMAN UTAMA | DOA | SEJARAH | IDENTITI SEKOLAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | VISI & MISI | PANORAMA | ENROLMEN PELAJAR | UPSR | KURIKULUM | HEM | KOKURIKULUM | PAUTAN | PELAN SEKOLAH | BUKU PELAWAT | PIBG |

SEJARAH SEKOLAH


Bangunan bilik darjah

Bangunan pejabat sekolah

Sejarah pertubuhan Sekolah Kebangsaan Senggarang bermula pada 5 Jun 1914. Sekolah ini mula dibuka pada tarikh tersebut dengan nama Sekolah Melayu Senggarang oleh Dato’ Penghulu Mohd Saim Bin Ma’sod iaitu Penghulu Mukin IX. Sekolah Melayu ini didirikan di Kampung Parit Bugis di atas sekeping tanah Allahyarham En. Donan Bin Sain.

Bangunan sekolah ini pada awalnya dibina kukuh daripada kayu dan atap nipah dengan ukuran 24 kaki x 50 kaki persegi. Terdapat satu aliran sahaja ketika itu iaitu darjah satu. Seorang guru juga merangkap sebagai Guru Besar iaitu Encik Ali Bin Omar mengajar di sekolah ini dengan jumlah pelajar seramai 50 orang.

Pada tahun 1918, sekolah ini mula berpindah tapak ke kawasan sekolah yang ada sekarang  iaitu terletak di Jalan Ismail Senggarang. Oleh itu sekolah asal yang didirikan di Kg Parit Bugis telah ditutup.  Guru dan kesemua murid-muridnya telah dipindahkan ke sekolah yang baru. Kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan baru yang juga diperbuat daripada kayu dan atap nipah. Pada masa itu, telah wujud tiga aliran darjah namun masih di bawah tanggungjawab seorang guru untuk mengajar.

Oleh kerana bangunan yang sedia ada sudah tidak sesuai lagi pada masa itu maka pada tahun 1926 kerajaan telah meluluskan bagunan baru dan merobohkan bangunan yang lama. Maka bangunan baru telah dibina dengan lebih kukuh iaitu daripada papan bertiang batu dan beratapkan genting dengan keluasan 24 kaki x 60 kaki. Namun begitu guru yang ditugaskan untuk mengajar pada masa itu, sehingga tahun 1928 masih lagi seramai 2 orang dengan jumlah pelajar seramai 80 orang di dalam empat aliran.

Pada tahun 1935 jumlah pelajar telah  meningkat menjadi 150 orang dengan jumlah guru seramai 5 orang dan ditugaskan untuk mengajar dalam 5 aliran darjah. Apabila Perang Dunia Kedua meletus, pada tahun 1941, Sekolah Melayu Senggarang telah ditutup untuk sementara waktu .Namun begitu, pada bulan Oktober 1942 dalam masa kerajaan Jepun, sekolah ini telah dibuka semula dan proses pengajaran berjalan seperti biasa.Hanya 3 orang guru sahaja yang mengajar termasuk seorang guru Agama dan Guru Besar iaitu Encik Mohd Diah  Abd Rahman. Terdapat hanya 3 aliran darjah pada masa itu iaitu darjah I, II dan III sahaja dengan jumlah murid seramai 100 orang. Pada waktu salah satu mata pelajaran wajib yang diajar adalah Bahasa Jepun.

Setelah Jepun kalah 3 tahun kemudian dan kerajaan British memerintah semula pada tahun 1945, sekolah ini telah dibuka semula seperti sedia kala. Pada akhir tahun 1945, sekolah ini telah dijadikan tempat pasukan keselamatan berkumpul untuk mencegah berlakunya pergaduhan kaum. Pada awal tahun 1946 pula, ia dijadikan tempat perhimpunan ramai bagi menetang Malayan Union yang danjurkan oleh Allahyarham Dato’ Onn Bin Jaafar.

Pada tahun 1948, murid-murid telah meningkat kepada 300 orang. Sebuah bilik darjah untuk darjah VI telah diadakan tetapi kedudukan murid-murid dalam bilik drajah tersebut terlalu ramai dan padat. Oleh yang demikian, pda tahun 1949 kerajaan telah menambah dan membesarkan sekolah dengan menyambung di bahagian timur seluas 24 x 90 persegi. Untuk mendapatkan bangunan sekolah yang baru dengan segera, pada tahun 1951 pihak ibu bapa telah memberikan sumbangan untuk mendirikan satu lagi bangunan sekolah iaitu bangunan B yang masih kekal sehingga sekarang dengan keluasan 24 x 60 persegi. Begitu juga dengn sebuah rumah guru dan kantin. Pada masa itu juga drjah VII telah ditubuhkan. Jumlah murid pada masa itu telah bertambah menjdi 350 orang dengan sebelas aliran darjah dan 12 orang guru.

Pada 1 November 1958, En Naim Bin Sukran A.M.N telah bertugas memikul tanggungjawab sebagi Guru Besar mengantikan tempat Cikgu Mohd Diah Bin Abd Rahman. Ketika dibawah pimpinan beliau, pentadbiran sekolah telah diubah kepada prinsip-prinsip pentadbiran bersama dalam beberapa bidang tertentu iaitu satu cara menjamin persefahaman dan kerohanian sekolah. Asas demokrasi adalah daya utama beliau sebagai ketua mengendalikan pentadbirn ini. Empat sesi yang memainkan peranan penting mentadbir perjalanan sekolah ini ialah sesi pelajaran , kesenian dan kebudayaan , olahraga dan kebajikan.
 

Bangunan tiga tingkat (1980)

Bangunan tiga tingkat (1998)

Bangunan tiga tingkat pertama telah didirikan pada tahun 1980. Bangunan ini mempunyai sebuah pejabat, bilik Alat Bantu Mengajar, perpustakaan, bilik tayang, bilik guru, tandas guru dan tands murid serta 9 buah bilik darjah. Sekolh ini juga telah mendapat sebuah kantin baru. Bangunan sekolah ini telah dirasmikan oleh YB datuk Abd Ajib Bin Ahmd pada 29 Mac 1986.

Pada tahun 1998, Sekolah Kebangsaan Senggarang menerima sebuah lagi bangunan tambahan tiga tingkat yang mengandungi Pusat Sumber, Bilik Perpustakaan, Bilik Muzik, Bilik tayang, Bilik Komputer, Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Sains, Bilik Sukan, Bilik SPBT, tandas guru dan tandas murid serta 6 buah bilik darjah.

Mulai tahun 1986 hingga tahun 2009, tujuh orang Guru Besar telah bertugas di Sekolah Kebangsaan Senggarang silih berganti iaitu Tn Hj Wahab Bin Jantan (1986 – 1990 ), Tn Hj Kasbi Bin Pain ( 1990 - 1992 ), Tn Hj Kasman B Hj Abdullah ( 1994 – Mei 1994 ), Encik Misran B Kasmoh ( 1994 – 1997 ) ,Puan Mastura Bt Hj Idris ( 1997 – 2000 ), Tn Hj Mashudan Bin Kamar (2000 - 2007) dan En. Sulaiman Bin Arjam (2007 sehingga kini).


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: