sksgrg.zoom-a.com

LOGO SEKOLAH



PERISAI    
Melambangkan kemajuan dan kejayaan dalam semua bidang pentadbiran, pendidikan dan kebajikan

WARNA HIJAU    
Menunjukkan kebanyakkan murid-murid sekolah ini yang berasal daripada keluarga petani.

WARNA KUNING    
Menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan dan masa adalah anugerah sangat berharga seperti emas.

WARNA PUTIH    
Melambangkan kesucian rohani dan jasmani kanak-kanak yang di didik samada di rumah atau di sekolah

LIMA GELANG  ROTAN    
Melambangkan empat pasukan rumah-rumah yang terdapat di sekolah ini iaitu rumah kuning, hijau, merah dan biru dalam pasukan sekolah.

               BUKU                
Melambangkan pendidikan.


BENDERA SEKOLAH



Saiz sebenar bendera Sekolah Kebangsaan senggarang ialah berukuran 97 cm x 176 cm.

Bendera sekolah ini mempunyai dua warna iaitu di bahagian atas berwarna kuning dan bahagian bawah pula berwarna hijau. Kedua-dua bahagian ini adalah sama besar. Di bahagian yang berwarna kuning terdapat lambing sekolah  yang diletakkan di bahagian kiri bendera.

Warna kuning di bendera sekolah melambangkan bahawa ilmu pengetahuan dan masa adalah sangat berharga sama seperti emas. Warna hijau pula menunjukkan murid-murid sekolah ini rata-rata berasal daripada keluarga petani.

LAGU SEKOLAH

Maju jaya sekolah kami
Sekolah Kebangsaan Senggarang
Namamu indah teguh berdiri
Jadi banggaan kami

Teguh bangsa khidmat mulia
Senggarang bangkit pancar cahaya
Jasamu tetap dikenang jua
Kusanjung dan kupuja

Taburkanlah jasa baktimu
Jadi pegangan janji setia
Kau suluh terangi kegelapan
Harapan tiap insan



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: